Love Shaklee at All

Monday 24 November 2014

Bila sedih ingat Allah bila gembira ingat Allah

Assalamualaikum..
La tahzan..Allah itu ada
Allah maha melihat maha mengetahui lagi maha mendengar..
Setiap manusia tidak lari dari kesilapan.Itu la fitrah kita manusia tidak ada yang akan sempurna.Tapi sebagai manusia kita harus kembali kepada fitrah kita beriman kepada Allah dan RasulNya.Dunia seharian kita pasti di uji dengan pelbagai ujian tidak kira berbentuk dugaan atau pun nikmat.Apabila kita sedih kita ingat Allah bila kita gembira kita akan ingat Allah.

LA TAHZAN.. ada yang di uji dengan ujian ataupun dugaan.Tiba tiba sahaja kita di landa musibah.itu sebenarnya Allah sedang menguji kita,melihat kita sejauh mana keimanan kita,kesabaran kita.Dan ini juga adalah salah satu cara Allah berhubung dengan kita.Apabila kita bersedih sudah tentu kita akan berdoa,dan ingat kepada Allah.Mungkin allah menguji kita kerana kita lalai dan melupakanNya.

Termasuk diri saya sendiri,ada masanya saya menyedari hari hari saya berlalu dengan sempurna dan penuh bahagia.Tetapi di saat itu,saya sentiasa ingat,hari tangis saya akan ada,hari sedih saya akan ada.Tapi saya tidak mengeluh,adakah adil bagi hamba allah yang lain sekiranya saya sentiasa mendapat kebahagian tanpa kesukaran atau musibah.

Dan apabila saya bersedih,saya sentiasa bersyukur,kerana Allah sedang melihat saya,sedang menguji saya dan saya yakin Allah tidak akan menguji di luar kemampuan saya.Sekiranya saya merasakan amat terbeban dan tertekan sehinggakan tak tahu nak fikir macamana.saya cepat cepat beristigfar untuk tidak berfikiran negetif.

Bukan setakat di uji dengan musibah tetapi allah maha besar di uji kita dengan kekayaan dunia,kemewahan dunia.Itu sebenarnya salah satu ujian Allah kepada kita.Adakah kita leka,alfa dengan syurga dunia.Ramai yang mula melupakan asal usul,kehidupan apabila mendapat kemewaan.Ya allah,jauhi la kami dari hamba hamba sedemikian.


Apabila kita merasa nikmat allah,tadahlah tangan doa kesyukuran.Berdoa semoga kita di jauhi sifat mazmumah,tamak,sombong,kedekut.semoga kita terdiri daripada hamba allah yang murah hati,dermawan,suka sedekah,suka membayar zakat dan menolong orang lain.

Nikmat yang kita tidak sedar ,bangun di waktu pagi dengan nikmat kesihatan,nikmat pemandangan,nikmat menghirup udara segar dan sebagainya.sebenarnya kita bangun di pagi hari adalah satu nikmat yang besar buat kita.Andai kata semalam adalah hari terakhir kita,adakah kita sudah bersedia? Sudah tentu amalan kita tidak akan perna sempurna.

Saya sendiri bersyukur dengan kehidupan saya sekarang.walaupun sering menghadapi pelbagai dugaan,tetapi saya sentiasa ingat ada insan lain yang lebih sedih daripada saya,lebih susah daripada saya.Saya sentiasa bersyukur,keluarga saya,kawan kawan saya sentiasa melihat saya bahagia hidup  dengan senang,mempunyai anak anak yang cantik dan pintar.Hidup dalam keadaan senang.Masya Allah betapa Allah menyembunyikan keaiban saya,kekurangan saya dan mengantikan betapa saya sempurna di mata orang lain.syukur alhamdullilah.

Kita umat manusia akhir zaman,semoga kita sentiasa manfaat kan masa kita dengan sentiasa mensyukuri nikmat allah dan sentiasa mengingati allah walaupun dalam keadaan sedih ataupun gembira.

La tahzan...allah itu ada.

Semoga hari hari kita di permudahkan dan kita terdiri daripada orang orang yang beriman...

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com