Love Shaklee at All

Wednesday 5 November 2014

Master celebration master azrin mohd buat saya tersedar dari mimpi

Tengah buka buka folder gambar-gambar dalam handphone,ternampak gambar saya dengan master azrin yang memberi saya inspirasi yang begitu besar dalam hidup saya.
Kalau saya tak pergi mascel master azrin mungkin saya tidak akan berada lama dalam shaklee.

19 april 2014,saya masih ingat lagi,saya dan anak anak pergi mascel master azrin di pullman hotel, kebetulan dekat dengan rumah saya.

Semasa mascel,saya begitu teruja sampaikan meremang bulu roma saya apabila master master shaklee di iring masuk ke dalam dewan dengan tepukan yang meriah,muzik yang kuat dan giliran master azrin dan master azmie masuk ke dewan seolah-olah pengantin raja sehari.Saya amat kagum dengan cara Shaklee membuat master celebration,alah alah red karpet gitu..

Sepanjang majlis,saya dengar sharing daripada master azrin,bagaimana beliau berjaya dalam shaklee,apa faktor beliau terus berada dalam shaklee,faktor beliau terus share kebaikan shaklee.
.saya terfikir,boleh kah saya jadi seperti beliau,bolehkah berjaya seperti beliau.



Saya sempat bergambar dengan master azrin .saya masih ingat,saya gementar bersalam dengan beliau sehinggakan saya bersalam dua kali.Agak lucu bila saya ingat semula.

Alhamdullilah,sejak terinspirasi" daripada mascel master azrin,saya mula mencorak langkah dalam shaklee.Hari ini saya adalah salah satu leader" dalam shaklee malaysia.

Saya berharap dan berazam satu hari nanti,saya mempunyai majlis celebration sendiri dan semestinya saya mengharapkan majlis saya memberi inspirasi kepada orang lain pula untuk berjaya dalam shaklee.

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com