Love Shaklee at All

Saturday 8 November 2014

Bercuti di Avani Sepang Goldcoast Resort

 
Kalau korang nak cari tempat bercuti,yang ada pantai,suasana kampung,ni la tempat yang sesuai korang pilih.Lagi best,Avani sepang Goldcoast adalah bertaraf 5 bintang.Lebih kurang 2 jam dari Kuala Lumpur.Kalau anda yang berada sekitar sepang,lagi la dekat nak ke sini.




Sempena bulan anniversery saya dan suami mei ari tu,dia ajak kami sekeluarga bercuti di sini.Memang saya suka tempat macam ni.Lebih kurang sejam dari cyberjaya.Kami sampai petang,lepas check in terus pergi pantai.time tu air surut,so dapat la berjalan sampai ke tengah pantai...



salah satu saya suka tempat ni ialah,kalau nak round tempat ni boleh berbasikal.Berbasikal waktu petang petang memang best.Lepas dari pantai,kami terus mandi di kolam renang memang cantik.

Aisy sempat mandi manda..

ni la view waktu malam,cantik tak??

sebelah malam pula,kami makan malam di luar.sebab nak makan seafood,kami pilih restoran ikan bakar senandung malam.Fuh! memang sedap dan fresh.Rasa nak datang lagi makan di situ.

Ni view bilik utama.memang sangat sangat selesa

Yang ni ruang untuk anak anak..hehehe

Kami menginap 1 malam 2 hari,memang tak puas hati,kalau boleh nak stay situ lama lama.Tengah malam anak anak da tidur lepak dengan suami kat beranda sampai cerita cerita..dating jap..hehhe.
Ni honeymoon tak rasmi la ni..

Siapa yang nak bercuti kat sini..
Selamat bercuti!!

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com