Love Shaklee at All

Wednesday 19 November 2014

Persiapan bersalin dan keperluan ibu dan bayi

Assalamualaikum..salam ceria..
Hari ni teruja nak share tentang persiapan  sebelum bersalin,tengok kawan kawan ramai yang dah bersalin dan bakal bersalin.Saya mempunyai tiga orang cahaya mata,so memang mempunyai pengalaman nak buat persiapan sebelum bersalin.Setiap kali di sahkan hamil,di saat itu lah saya mula sediakan persiapan nak bersalin.Lebih lebih lagi shopping baju baby.Boleh di katakan setiap kali pergi mana mana ,bila nampak mall atau kedai barangan baby,saya mesti ajak suami pergi barang,walaupun perut masa tu baru 8 minggu.hehee


Pertama kali hamil,memang saya kurang arif tentang persediaan.Maklumlah anak pertama,belum ada pengalaman.Tetapi yang saya masih ingat lagi,semasa anak pertama,bila di sahkan hamil,pulang dari klinik saya terus pergi kedai cari majalah pa&Ma dan beli susu Everday.excited kan! Saya lebih suka persiapan anak ke tiga,sebab boleh dikatakan saya buat persiapan penuh tanpa bantuan suami.Dari segi keperluan baby  ,katil,barangan baby,semua saya sediakan.Mesti ibu ibu di luar sana mempunyai persiapan yang sama dengan saya.Di antara persiapan saya sepanjang kehamilan ialah:

BUKU SURAH &DOA DOA AMALAN IBU HAMIL
 Persediaan pertama sejak awal kehamilan,saya mengamalkan surah surah tertentu,seperti surah maryam dan surah yosuf.Untuk doa doa pula,saya sediakan dalam handphone.Di sebabkan saya nak mudah baca surah di mana mana,saya beli samsung Tab 7.0 untuk download semua doa doa dan bacaan untuk ibu hamil.Terutama sekali bila pergi klinik,nak tunggu giliran memang lama,sebab ramai orang.So boleh baca dalam tab.

BUKU BACAAN
Buku bacaan saya mesti beli,majalah wanita mingguan dan majalah pa&ma,mami&baby.Banyak info info kehamilan dan tips -tips sepanjang kehamilan.Mengikut petua juga,rajin membaca semasa hamil,baik untuk baby.Insyaallah anak pun rajin membaca dan sukakan buku.Bahan bahan bacaan penting ibu hamil mengetahui info info sepanjang kehamilan dan lebih baik sekiranya ibu hamil mengikuti kelas kelas ibu hamil.

PERSIAPAN UNTUK BERSALIN 


Keperluan baby (beg baby):Baju/seluar baby,stokin/sarung tangan,tuala mandi,kain lampin,barut baby,bedung bedung,selimut/blanket,pampers new born, tisu basah.

Keperluan ibu:(beg ibu)
Baju nursing,seluar,kain batik,stokin tebal ,tuala mandi,nursing bra,nursing pad,dan maternity pad,buku pink,set kelengkapan mandian.

Keperluan lain:Breast pump ataupun kelengkapan penyusuan.minuman dan makanan dan set berpantang.


Set Berpantang Shaklee
Ketiga tiga kehamilan saya,saya belum mengenali shaklee,tetapi setiap kehamilan saya akan sediakan set berpantang sebelum bersalin.Oleh di sebabkan anak -anak saya mempunyai G6PD dan jaundis selepas lahir,saya tidak dapat mengambil set berpantang selepas bersalin,hanya  sebulan lepas bersalin saya mula makan vitamin atau jamu. Saya tidak mempunyai pengalaman berpantang dengan set bersalin,di sebabkan anak saya mempunyai masalah ekzema dan G6PD.Sekiranya di izinkan hamil lagi,saya akan memilih set berpantang shaklee.



Set berpantang shaklee boleh di ambil selepas bersalin,selamat untuk baby yang mempunyai G6pd dan jaundis,sesuai untuk ibu hamil bersalin normal dan pembedahan.Mudah dia ambil dan membantu ibu cepat bertenaga selepas bersalin.Bagi ibu ibu yang bakal bersalin atau baru bersalin,boleh lah pilih set berpantang shaklee.Bab berpantang pula memang sangat penting dan ibu ibu mesti berpantang dengan sepenuhnya.Banyak kes -kes ibu demam,bentan dan paling teruk meroyan di sebabkan tak berpantang dengan baik.


Bagi ibu ibu bakal bersalin,semoga di permudahkan bersalin,sentiasa berzikir,insyallah semuanya selamat.ibu ibu yang tengah berpantang pula,selamat berpantang.Sekiranya berminat nak tahu lebih lanjut tentang set pantang shaklee bersalin boleh hubungi saya.0195301007.
MISAH ZARA.pengedar shaklee cyberjaya putrajaya.

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com