Love Shaklee at All

Thursday 27 November 2014

Punca susu kurang selepas berpantang


Breasfeeding" adalah satu moment sangat indah bagi setiap ibu selepas melahirkan anak.Alhamdullilah,walaupun tidak berjaya mendapatkan penyusuan eksklusif,tetapi saya mempunyai pengalaman menyusukan bayi semasa pantang.Dengan penyusuan dapat merapatkan ibu dan bayi.Pengalaman "nightmare" saya sendiri yang tidak berjaya menyusukan anak sepenuhnya selepas berpantang dan dari situ saya  mula belajar dan mengetahui punca susu ibu kurang selepas berpantang.

  • Anak saya yang pertama,aidil ashaari,hanya berjaya menyusu badan selama 2 minggu.Oleh kerana air susu saya kurang,saya memberikan susu formula kerana takut bayi lapar atau tidak cukup susu.Saya akui,kesilapan saya ialah kurang pengetahuan tentang penyusuan ibu.Masa tu,apa yang saya fikir ialah,anak dapat susu tak kisah lah susu ibu atau susu formula.
  • Anak kedua pula,adam hariz,saya hanya berjaya menyusukan dia selama 2 bulan selepas bersalin.Adam hariz mempunyai G6PD selepas lahir,10 hari selepas lahir,dia mula ekzema.Bahagian  muka dan kepala dia penuh dengan ekzema sehingga berdarah.Suami menyarankan saya stop  penyusuan badan bagi mengelakkan ekzema dia makin teruk.
  • Anak ketiga,aisy farhan pun sama,mempunyai G6PD selepas lahir,tetapi anak ketiga saya berjaya meberikan susu ibu selama 4 bulan.Oleh di sebabkan saya mengambil set berpantang selepas bersalin,doktor sarankan saya mencampurkan susu formula sekali setiap hari bagi mengelakkan bayi mendapat jaundis,kerana di sahkan G6PD.
  • Bayi aisy farhan pula tak nak menyusu badan selepas umur 4bulan mungkin di sebabkan "confiuse nipple"..Oleh kerana farhan kurang menyusu dengan saya,so air susu drop dengan teruk..kesilapan saya di sini ialah,saya kurang pengetahun mengenai mengepam susu.Mungkin saya boleh dapatkan stok susu walaupun anak saya memilih susu botol.
  • Salah satu faktor lain ialah saya mempunyai Hypothyroidisme.Pengambilan ubat selepas bersalin juga menganggu penghasilan susu.Selain itu terdapat ubat ubatan membuat susu ibu kurang.Ibu harus berbincang dengan doktor sekiranya mempunyai masalah susu kurang.Sekiranya saya mengetahui tentang supplement yang membantu penyusuan semasa berpantang,mungkin saya boleh memilih mengambil supplement bagi kesihatan optimum dan seterusnya membantu penghasilan susu badan.

Selain  daripada faktor pengetahuan tentang penyusuan susu ibu,punca susu kurang selepas berpantang boleh di sebabkan oleh:

  • Tekanan atau stress; 
ibu stress boleh mengakibatkan gangguan hormon dan seterusnya penghasilan susu.mungkin ibu stress dengan cabaran di tempat kerja ataupun kurang rehat selepas berkerja.Ibu mestilah sihat bagi mencetuskan emosi yang stabil dan mampu menguruskan bayi,apabila ibu letih atau kurang tidur,ini boleh mengakibatkan ibu kurang memberi perhatian terhadap bayi.

Ibu boleh mengamalkan pemakanan yang membantu mengurankan stress ataupun mengambil b                   compleks yang mempunyai anti stress,lebih mudahkan.

  •  perancang: 
Tidak semua pil perancang menganggu penghasilan susu,tetapi terdapat juga kes susu ibu kurang selepas mengambil pil perancang selepas berpantang.
ibu boleh berbincang dengan doktor,untuk mengetahui cara lain untuk menjarakkan kehamilan.Terdapat juga fakta mengatakan penyusuan susu ibu membantu menjarakkan kehamilan.

  • Kesihatan badan
Ramai ibu tidak mengambil berat tentang pemakanan selepas berpantang,ibu hanya menjaga pemakanan semasa pantang.Persekitaran yang tercemar dan gaya hidup yang tidak sihat juga akan mengangu kesihatan ibu dan menjadi faktor kurang susu.

Selain mengamalkan pemakanan yang sihat,ibu boleh mengambil vitamin atau supplement.Tahukah anda,alfalfa adalah sumber asli pengalak susu.Vitamin K yang terdapat di dalam alfalfa membantu melancarkan penghasilan air susu.



Zaman sekarang,mudah untuk mendapatkan sebarang info.Melalui facebook juga,kita boleh nampak pelbagai iklan produk atau supplements yang membantu penghasilan susu ibu.Mungkin anda boleh mencuba supplements shaklee yang menjadi pilihan ramai ibu -ibu sekarang.Zaman sekarang juga info tentang penyusuan bukan lagi satu pilihan bagi setiap ibu,rata-rata ibu ibu ramai sedar tentang pentingnya penyusuan ibu eksklusif.

Anda boleh mendapatkan pelbagai supplement untuk penyusuan eksklusif melainkan anda ingin seperti saya gagal menyusukan ketiga tiga anak saya.Pengalaman menyusukan bayi bagi saya adalah satu pengalaman yang indah.Saya berharap saya berpeluang menyusukan bayi pada masa akan datang dan saya akan memilih shaklee untuk menjayakan penyusuan eksklusif saya seperti ibu ibu yang telah berjaya sehingga 2 tahun.

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com