Love Shaklee at All

Saturday, 22 November 2014

Tips penyusuan eksklusif selepas bersalin

Assalamualaikum dan salam ceria..

Alhamdullilah,hari ini ramai ibu ibu sedar tentang kebaikan penyusuan susu ibu dan betapa pentingnya penyusuan susu ibu.Ramai ibu yang berjaya menyusukan bayi secara eksklusif dan ramai juga ibu ibu yang gagal merealisasikannya terutama sekali ibu yang mempunyai pengalaman anak pertama.Bagi ibu ibu yang berazam ingin memberikan penyusuan eksklusif selepas bersalin ,persediaan haruslah bermula dari awal kehamilan dan mengetahui tips penyusuan eksklusif  dan tentang proses penyusuan selepas bersalin.Insya allah ibu akan berjaya.


Kebaikan susu ibu:
Susu ibu mempunyai khasiat yang amat penting untuk tumbesaran anak.Susu ibu sangat unik dan merupakan minuman semulajadi yang mampu melindung bayi dari sebarang penyakit dan jangkitan virus kumanKebaikan susu ibu amat penting bagi mencegah bayi daripada penyakit seperti virus yang merbahaya.Terutama sekali kolostrum susu yang akan keluar pada hari pertama hingga ketiga kelahiran membantu mencegah bayi mendapat serangan jangkitan.Selain itu,kebaikan susu ibu pada bayi selepas bersalin ialah:

  • Mengurangkan risiko alahan pada bayi
  • Mempunyai kandungan yang mencukupi mengikut suhu persekitaran
  • Mengalakkan tumbesaran bayi
  • Baik untuk penghadaman dan pencernaan perut bayi
  • Nutrien lengkap untuk bayi dari lahir hingga 6 bulan
  • Memberi perkembangan intelek dan IQ yg tinggi.
  • Mengurangkan risiko barah payudara
  • Menjimatkan masa dan penyediaan susu dan kos.
  • Susu ibu mempunyai protien yang tinggi dan mudah di serap.
  • Mengelak jangkitan bakteria pada usus bayi ysng boleh mengakibatkan cirit birit dan muntah.



Apakah penyusuan eksklusif?

Penyusuan bayi secara eksklusif bemaksud penyusuan bayi dari umur lahir hingga 6 bulan tanpa makanan atau susu formula.Penyusuan eksklusif ini amat penting bagi memastikan kesejahteraan ibu dan bayi secara fizikal dan mental.

Tetapi ramai ibu yang mempunyai masalah semasa proses penyusuan ibu.Di antaranya susu ibu tidak mencukupi.Selain daripada mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dengan diet yang seimbang,ibu   boleh memilih supplement sebagai langkah milk booster susu ibu dan memastikan susu ibu tidak kering.Kekurangan zat dan nutrisi akan membuat badan ibu lemah dan kurang penghasilan susu.


Tips penyusuan eksklusif selepas bersalin


  • Ibu mempunyai azam dan niat untuk memberikan penyusuan eksklusif dari sejak kehamilan dan mahu menyusukan bayi dari hari pertama selepas bersalin sehingga 6 bulan dan kemeduian secara sepenuhnya sehingga berumur 2 tahun.
  • Mengumpul info -info tentang penyusuan dancaara pentmpanan susu,teknik penyusuan,teknik pump dan pum yang sesuai.Ibu boleh dapatkan info info penyusuan melalui pembacaan buku atau dari majalah majalah.
  • mulakan penyusuan ibu pada hari pertama selepas bersalin,kerana kolustrum susu ibu amat penting bagi mengelakkan bayi daripada mendapat jangkitan virus.
  • elakkan pengunaan susu formula an air kosong.Susu formula akan mengakibatkan masalh seperti cirit bitit dan ekzema.Air kosong pula mendedahkan bayi kepada risiko jangkitan dan mengurangkan nutrisi,merendahkan suhu bayi dan mengancam nyawa bayi terutama sekali air kosong yang tidak bersih dan selamat.
  • penyusuan yang kerap memudahkan penghasilan susu ibu secara semulajadi,ini juga memudahkan pengaliran susu ibu dengan lancar
  • mulakan sesi pump susu seawal 2 minggu selepas bersalin bagi memudahkan anda menyediakan bekalan susu yang secukupnya apabila masuk kerja nanti.
  • dapatkan sokongan keluarga terutama sekali suami.Terangkan dengan suami kepentingan susu ibu,dan pujuk bayi agar terus menyusu secara terus dengan ibu.




Bagaimana set shaklee membantu penyusuan eksklusif para ibu?

Set penyusuan shaklee terdiri daripada Esp, Alfalfa complex,Vita C, Ostematrix ,B complex dan Vita-Lea.Rangkaian suplement yang berkhasiat memenuhi keperluan nutrisi penyusuan ibu.

ESP: Energy soy protien,sebagai sumber protien yang mampu memberikan ibu tenaga selepas bersalin.Esp membantu ibu  rasa kenyang yang lama dan memekatkan susu ibu.

Alfalfa complex: berfungsi sebagai milkbooster dan mempercepatkan pengeluaran susu badan.

Ostematrix: sebagai keperluan kalsium ibu,membantu kesihatan tulang ibu selepas bersalin.Ostematrix juga memberi kesegaran kepada ibu.Terutama sekali lenguh lenguh badan selepas bersalin.

B complex: membantu hormon ibu stabil.memberi ketenangan emosi selepas bersalin.membantu ibu tenang dan positif semasa penyusuan.

Vita- C: mempercepatkan luka dalaman ibu,membantu imunisasi badan selepas bersalin.memberi tenaga kepada ibu.

Vita lea: sumber mineral yang membantu ibu menghasilkan susu badan yang baik.


Supplement atau makanan tambahan hanya membantu ibu dan memudahkan ibu menjayakan proses penyuuan eksklusif selebihnya ibu harus berusaha.supplement memang sesuai bagi ibu yang sibuk bekerja tetapi inginkan penyusuan eksklusif.

Saya harap tips dari saya membantu ibu ibu berjaya dalam penyusuan eksklusif.Sekiranya ibu berminat dengan pakej set penyusuan shaklee,boleh hubungi saya.Anda boleh memilih pakej mengikut bajet anda.Bagi ibu yang sedang menyediakan persiapan untuk penyusuan selepas bersalin nanti,boleh lah menghubungi saya untuk keterangan lanjut.Aisyah(0195301007)

email: lee_bb87@yahoo.com.Pengedar shaklee cyberjaya dan putrajaya.Pos laju seluruh malaysia.


No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com