Apabila anak yang membesar menu makanan pun akan berubah.Untuk membantu anak anak suka makan ,makanan yang berkhasiat seperti nasi,sayur,ayam dan ikan.Ibu bapa harus pandai atau kreatif membuka selera anak anak.Anak anak penting mendapat makanan seimbang yang mempunyai khasiat atau zat makanan iaitu karbohidrat,protien,lemak,vitamin dan mineral.
Saya nak share 5 tips yang saya pernah cuba untuk anak anak saya;
1) waktu selera anak-anak
saya akan pastikan memberi anak anak makan sebelum minum susu atau 2 jam selepas minum susu.sebab,apabila menyusu mereka akan merasa kenyang dan kurang selera untuk makan.saya akan cuba memberi hidangan yang kecil dan akan tambah bila dorang nak lagi.jangan paksa anak untuk habiskan makanan.
2)tetapkan jadual makan yang sama.
Contoh,bila anak anak saya bangun mereka akan meminta susu.selepas minum susu,saya akan sediakan sarapan seperti sandwich atau roti kegemaran mereka.selepas 2 jam,sekitar jam12 tgh hari..saya akan hidangkan makanan tengah hari.
3)mencuba makanan baru
Anak anak cepat bosan dengan makanan yang sama.ibu mesti kreatif atau pandai membuat resepi baru untuk anak anak.saya lebih suka memasak satu menu,tetapi terdapat banyak bahan.contoh,suo sayur ..saya akan masukkan brokoli,lobak,bubga kubis dan sedikit ayam.
alhamdullilah..anak anak saya suka makan sayur sayuran,terutama sekali sayur kacang dan lobak.
4) waktu makan yang menyeronokkan
setiap kali waktu makan,saya akan join sekali.saya lebih banyak memuji,anak anak pintar,kuat makan dan kuat & sihat.anak-anak suka di puji,bila ibu memuji mereka akan rasa tenang dan yakin.
5)pelbagaikan menu atau resepi yang kreatif
Resepi yang kreatif akan menarik perhatian anak anak.contoh; sandwich berbentuk smile,lobak merah berbentuk zirafah dan pelbagai kan warna warni hidangan dengan buah buahan.pasti menyeronokkan.
Selamat mencuba!
Sekiranya anda ada tips sendiri,boleh la share dengan saya,tinggal tips anda d ruang komen saya. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment