Love Shaklee at All

Monday, 15 December 2014

Ubat untuk kulit kering dan kusam elak wajah kelihatan tua

assalamualaikum..

Tetiba rajin nak update blog hari ni,kebetulan pula anak anak tengah cool dengan aktiviti memasing.So mama laju laju buka blog yang dah bersarang ni.

Dua tiga hari ni ramai yg share info wanita akan lebih cantik ketika usia 30 40 an.Saya pun tak sabar nak tunggu umur 30 an nanti,cantik ker idok?? haha.

Nak cantik,bukan setakat luaran tetapi yang penting cantik dari dalam.Ramai yang tanya produk apa yang saya pakai untuk penjagaan muka.Yang bertanya tu,bukan di sebabkan saya dah cantik. Tapi mungkin sebab nampak kulit saya dah berubah.

Ada seorang kawan saya tak percaya saya tak gunakan sebarang produk penjagaan muka,dia cek beg mekap saya,manatahu saya ada gunakan krim atau serum kecantikkan.Sebab dia langsung tak percaya bila saya bagitahu saya cuma makan supplement.Tapi saya tak panggil supplement tetapi ubat" yang berjaya mengatasi masalah kulit kusam dan kering saya.Sebelum ni muka saya kusam,kering,kasar.Pendek kata tak cantik la.

Dulu, saya ingatkan kata kata suami adalah gurauan semata mata.Bila saya pakai mekap,suami akan tegur saya tak sesuai pakai mekap,saya akan nampak tua,lebih lebih lagi kalau saya tak pakai apa apa di muka.Memang saya marah dan kecil hati.Dalam hati memang merajuk,mungkin suami dah ada penganti baru,sehinggakan saya tak cantik di mata dia.hahahaha..Tetapi sebenarnya, pandangan suami kita ni memang betul,sebab dia lah yang menatap wajah kita bangun dari tidur atau sepanjang hari.

e


Gambar di atas,gambar saya semasa berumur 24 tahun.saya mempunyai dua cahaya mata.Pada masa ni,umur saya 24 tahun.Masa ni,,saya selalu berfikir.."malas nak jaga muka" " tak de masa lah"  "tak perlu lah"..Masa ni juga saya memang malas nak jaga muka,nak makan pil pil kecantikan atau kolagen.Janji ada pencuci muka,tu pun cuci masa mandi.hehe.


Gambar yang ni pula,perubahan kulit dan wajah saya selepas mencuba vitamim C shaklee.Mula mula saya tak perasan,sehinggakan ramai yang tegur wajah saya nampak berseri.Hampir 6 bulan mengamalkan vitamin C kulit wajah saya makin sihat dan masalah kulit kusam dan  kering saya tak ada lagi.Bila orang da tegur,saya pun semangat nak telan vitamin.Tapi suami saya masa ni,masih tak bagi respon.Hahaha.Mungkin dia malas nak puji kulit saya dah berubah.hehehe


Yang ni perubahan kulit saya selepas consume kolagen shaklee pula.Memang mengembirakan saya,muka saya menjadi tegang dan gebu.
Sebab dah berkeyakinan dengan kulit wajah saya ,saya pun mula pakai mekap sebab saya memang suka bermekap.


Yang ni pula gambar saya dengan bermekap.saya  berpuas hati dengan kesan kolagen shaklee.Sebelum ni walaupun saya bermekap,saya masih kelihatan kusam,tetapi berbeza dengan sekarang.Penampilan wajah saya lebih kemas dan nampak berseri.


Syukur alhamdullilah,saya bertemu dengan shaklee,mungkin kalau saya tak makan shaklee,wajah saya masih sama seperti sebelum ni.Bagi saya ,walaupun anak ramai, setiap isteri harus jaga penampilan wajah untuk suami.Apa komen suami saya?? Biar la rahsia..hehehe

Nak tahu apa itu vitamin C shaklee?? Dan apa itu kolagen shaklee??







Saya mengambil keputusan untuk menjaga kulit wajah dari sekarang,agar saya boleh buat perbezaan pada 3 tahun akan datang.Masa tu umur saya 30an.Tak best la wajah makin tua kan,lebih lebih lagi dengan masalah penuaan.Salah satu sebab saya minum kolagen memang untuk mencegah penuaan dengan cepat.

Kalau anda rasa ingin menjaga kulit wajah dengan produk shaklee,boleh hubungi saya.Melainkan anda selesa dengan penampilan anda sekarang.

Misah zara
Sms/whatsapp 0195301007
Pengedar shaklee seluruh malaysia

Wednesday, 10 December 2014

Menyesal kerana join shaklee hidup saya banyak berubah

Bak perumpamaan,sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada guna.Tetapi saya menyesal kerana tidak join shaklee dengan lebih awal lagi.kalau saya join lebih awal,mungkin hidup saya lebih awal berubah.

Saya tidak menyesal memilih shaklee sebagai supplements saya dan keluarga.kerana dengan shaklee ,banyak perubahan terjadi dalam hidup saya.sebelum memilih shaklee,terlebih dahulu saya telah mencari apa itu shaklee? Shaklee produk apa? Selamat ker makan shaklee? Sekarang saya tahu kenapa saya perlu memilih shaklee dan bukannya produk lain yang berada di pasaran.


Pertama,shaklee adalah satu makanan tambahan yang semulajadi.Produk shaklee semulajadi dari segi bahan bahan yang di gunakan untuk memproses vitamin shaklee.Tiada unsur pengawet ataupun bahan tiruan.

Kedua,produk shaklee selamat dan berkesan.Kesemua produk shaklee menjalani lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran yang berbahaya.Terdapat 100000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar.

Ketiga,produk shaklee terbukti berkesan.Saya sendiri percaya dengan produk shaklee apabila  merasakan perubahan selepas mengamalkan produk shaklee.Kajian yang di jalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil supplement lain atau tidak mengambil langsung.

Keempat,produk shaklee adalah produk mesra alam,selama lebih 55 tahun shaklee menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar .Shaklee telah mencipta pencuci biorosot pertama pada tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang di iktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau .

Kelima,saya suka produk shaklee kerana mudah di ambil.Shaklee mempunyai vitamin dalam bentuk minuman dan pil.Saya jenis sukakan vitamin  yang berbentuk tablets.Jadi saya hanya menyediakan pilbox untuk memudahkan mengambil vitamin shaklee walau di mana mana sahaja.Untuk produk jenis minuman,saya suka produk shaklee kerana boleh di campur dalam jus minuman atau minuman kegemaran saya.Pelbagai resepi boleh di buat dengan minuman shaklee.Contoh kolagen shaklee di campur dengan jus oren.


Keenam,bagi saya produk shaklee memberikan kesan yang cepat terhadap tubuh badan saya.Terbukti apabila saya mengunakan kolagen shaklee selama 2 minggu,kulit muka saya semakin bersih.Dan selepas saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 7kg dengan cinch shake.

Terakhir sekali,saya memilih produk shaklee kerana memberi kesan kepada tubuh badan saya malah kedua ibu bapa saya serta keluarga yang lain.Sudah tentu kita akan percaya kepada sesuatu produk apabila kita sendiri merasakan kebaikannya.Begitu lah saya dan keluarga,kami percaya shaklee membantu tahap kesihatan kami.


Perubahan selepas mengunakan produk produk shaklee,saya lebih sihat dan berkeyakinan dengan penampilan sekarang.


Sekiranya anda sedang mencari produk supplements di pasaran,terlebih dahulu anda harus mengkaji terlebih dahulu latar belakang ataupun sejarah dan bahan bahan yang di gunakan.Terdapat banyak produk di pasaran,tetapi anda harus berhati hati kerana ini bukan berkaitan dengan soal pakai minum tetapi soal hidup dan kesihatan anda.

Sekiranya anda berminat dengan produk shaklee,saya harap info dari saya membantu anda.Selain itu,buat pengetahuan anda semua,produk shaklee adalah halal dan mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan malaysia.

Sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya;


Pengedar shaklee cyberjaya putrajaya.

Tuesday, 2 December 2014

Rawatan untuk kulit cantik dan sihat

Wanita paling sensitif soal penjagaan kulit.Pantang kulit bermasalah,berjerawat,mengelupas kering dan gatal gatal mesti kelam kabut nak cari ubat atau krim. Lebih lebih lagi apabila fikirkan esok nak dating,nak masuk pejabat atau nak pergi kelas.Sanggup buat rawatan untuk kulit walaupun beratus ratus ringgit,yang penting masalah selesai dengan segera.

Wanita suka buat penjagaan kulit wajah dengan membuat rawatan muka di Spa.Saya sendiri suka buat rawatan muka.Sebenarnya rawatan muka baik untuk wajah,sebab di spa terdapat rawatan urutan muka,dan mengunakan mesin moden untuk mencantikkan kulit wajah.Tetapi itu sebenarnya hanyalah luaran sahaja.Kecantikan dari dalam juga  harus di jaga.

Terdapat banyak produk  atau supplement kecantikan di pasaran.Sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu.Tetapi kita harus berhati hati dengan kandungan bahan bahan yang di gunakan.Silap hari bulan,muka mengelepus dan wajah bertukar menjadi buruk.

Pengalaman saya sendiri,muka menjadi buruk di sebabkan satu produk.Saya membuat rawatan untuk membersihkan kulit wajah.Tetapi selepas membuat rawatan,sehari selepas itu,muka saya menjadi kering dan kemerahan.Hari kedua,muka bertukar dengan tompok tompok merah.Hari ketiga,muka mengelupas dan bertukar menjadi kering dan bersisik.Saya memang tertekan masa tu,nak keluar rumah pun segan.Sebab apabila keluar rumah p, muka saya akan berpeluh,masa tu memang rasa amat pedih di bahagian muka,rasa seperti terbakar..Sejak hari tu,saya lebih berhati hati memilih produk kecantikan.

Sebagai penjagaan kulit dari dalam saya memilih supplement Gla complex shaklee selain vitamin C dan collagen shaklee.Bukan setakat baik untuk kulit tetapi  Gla complex  mempunyai banyak kebaikan dalam membantu kecantikan kulit saya.


GLA COMPLEX  to help maintain Normal Bodily Processes


GLA asid lemak omega -6 yang di gunakan oleh badan kita  untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan hormon yang membantu mengawal proses dalam badan ,Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak omega -6 yang mengandungi vitamin E yang membantu melindung dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.



KEBAIKAN GLA COMPLEX
  • Mengalakkan kesihatan semasa kitaran haid.
  • Menyokong sistem imun.
  • Minyak birage yang mengandungi GLA semulajadi yang pekat dalam bentuk yang mudah di serap.
  • Membantu mencantikan kulit dan membantu masalah jerawat dan jeragat
  • Membaiki masalah prostat (lelaki)


 GLa Complex membantu masalah masalah lain wanita seperti berikut:

Senggugut atau period pain
ramai wanita yang mengalami senggugut sebelum ataupun semasa datang bulan.Sehinggakan menganggu waktu kerja ataupun belajar dan sebagainya.Gla complex melegakan PMS (pre-Menstuatation syndrome)

Kesuburan
senggugut adalah salah satu tanda kitaran haid anda  bermasalah dan kesuburan anda akan terganggu.Selain itu masalah hormon juga adalah salah satu penyebab ketidaksuburan badan wanita.

Mengecutkan cyst
apabila kitaran haid tidak teratur,ini akan menyebabkan anda bakal mempunyi cyst atau fibroid,iaitu darah beku dekat rahim.Ramai yang mempunyai cyst,mempunyai sejarah masalah senggugut dan kitran haid yang tidak teratur.

Kitaran haid yang tidak teratur
masalah ini di sebabkan hormon yang tidak stabil dan tidak memproses secara normal seperti wanita-wanita lain.Period teratur adalah 7 hari sebulan,dan yang tidak teratur,melebihi 15 hari ataupun period yang tidak menentu.Gla complex membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.

Menopause/Putus haid
setiap wanita pasti akan mengalami saat ini,cuma kesihatan dan kesuburan anda menentukan bila anda akan menopause,Bila menopaus,pelbagai simptom yang anda bakal lalui di antaranya ialah penuaan dan hormon tidak stabil.


Punca urin bertukar selepas mengambil vitamin

 

Sejak makan B complex shaklee,saya mula perasan urin saya bertukar menjadi kuning sebelum ni,saya makan vitamin lain,normal jer pun.Teringat pula,saya pernah di ajukan soalan oleh seorang pelanggan saya selepas menggambil B complex shaklee.Mungkin dia fikir saya bagi vitamin yang dah expired ataupun rosak.Tetapi sebenarnya punca urin bertukar selepas mengambil vitamin ialah berdasarkan jenis vitamin tersebut.

Siapa yang suka menggambil vitamin atau supplements mesti perasan warna urin kadang kala akan bertukar berwarna jingga atau kuning.Warna urin kita akan bertukar mengikut jenis vitamin.Contoh apabila mengambil vitamin  B complex,urin akan bertukar menjadi kuning.Ini di sebabkan B complex shaklee nerupakan vitamin larut dan kehadiran B2 -Riboflavin iaitu salah satu komponen penting dalam B complex dan molekulnya berwarna kuning.



B complex shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk ah 100% biotin dan asid folik.Vitamin B complex adalah vitamin larut,so memang perkara biasa apabila urin bertukar menjadi kuning kerana lebihan akan di singkirkan melalui pencernaan.Apabila urin bertukar menjadi kuning juga menunjukkan hidrasi atau kekuranan air dalam badan kita.


Ramai yang mengambil B complex  untuk kecantikkan kulit dan membantu mengurangkan stress. B complex semasa mengandung adalah untuk keperluan asid folik.B complex penting semasa mengandung bagi mengalakkan tumbesaran yang sihat dan normal.B complex juga membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi bagi mengelakkan anemia sepanjang kehamilan.


Bagi yang tidak tahu,urin kita akan bertukar mengikut masalah badan kita.Apabila kencing kotor,urin akan bertukar menjadi warna gelap.Urin normal adalah berwarna jernih,tetapi sekiranya tidak mengambil vitamin juga kadang kala urin berwarna kuning di sebabkan hidrasi.

Jadi sekiranya anda salah seorang yang mengamalkan vitamin B complex ,jangan risau apabila warna urin bertukar warna.Saya cadangkan,kerap mengambil air putih setiap hari.Tetapi sekiranya urin bertukar warna dan berasa sakit semasa kencing, anda perlukan dapat rawatan dengan segera.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan B complex shaklee.



PENGEDAR SHAKLEE CYBERJAYA PUTRAJAYA
PENGHANTARAN POS LAJU SELURUH MALAYSIA

Saturday, 29 November 2014

Ubat kurus untuk lelaki elak perut boroi dan buncit


Siapa kata lelaki tak jaga penampilan.Lelaki pun sebenarnya menjaga penampilan.Kalau wanita di kenali dengan feminin,lelaki dikenali dengan  maskulin" .Bukan setakat fesyen rambut, baju,atau penjagaan muka tetapi paling ialah bentuk badan.Sanggup menghabiskan masa pergi gym, bersukan dan sebagainya.Bagi yang mula nak set up badan,saya nak share ubat kurus lelaki untuk dapatkan body" yang cantik senang nak bina otot.Kalau perut dah boroi dan buncit lagi,susahlah kan..

Ramai lelaki zaman sekarang gemar mengambil supplement yang membantu membina otot badan,mengambil ubat kurus supaya badan tough" ala ala aaroon aziz,norman hakim,fahrin ahmad.Kalau dah obesiti,memang ke laut lah niat nak badan tough macam aaroon aziz,,hehehe..
Selain bersenam,bersukan,ke gym sebenarnya lelaki memang mengambil supplement untuk membina otot.Memang banyak produk di pasaran untuk lelaki,bukan wanita jer nak slimming ni,lelaki pun sebenarnya lebih pentingkan bentuk badan.Tetapi harus berhati hati dengan dengan produk -produk tersebut untuk kesan pada masa akan datang.


Salah satu supplement yang paling laris ialah sumber protien.Lelaki akan mengambil  protien semasa buat work out,atau fitness bagi mengelakkan rasa penat atau yang letih berlebihan.Cinch shake shaklee di rumus khas dengan campuran proprietari dengan leusina yang membantu membina otot dan menurunkan berat badan.


Cinch shake Pro shaklee:

  • campuran proprietari dengan leusina-asid amino yang membantu turunkan berat badan.
  • 24 jenis vitamin dan mineral penting
  • 24gram protien bagi setiap sajian
  • 6 gram serat
  • indeks  glisemik yang rendah,mengekalkan paras gula dalam darah(sesuai untuk pesakit diabetis)
  • makanan gantian dengan nutrisi seimbang
  • tanpa bahan tiruan perasa pewarna,pemekat & pemanis

Faedah protien dalam program turunkan berat badan:

  • mengekalkan tisu otot
  • meningkatkan thermogenesis
  • rasa kenyang dan bertenaga
  • membakar lemak terutama sekali bahagian perut
  • mengurangkan inchi setiap bahagian yang mengalami masalah contoh lengan,peha,perut.
  • selamat dan dari bahan semulajadi





 

Ramai yang tidak tahu kelebihan protien untuk turunkan berat badan atau bersukan.Selain untuk kesihatan,protien mebantu mengekalkan otot otot badan.Ada orang berjaya turunkan berat badan,tetapi badan menjadi lembik dan mengeleber,ini di sebabkan kehilangan otot semasa kuruskan badan.Terdapat juga kes,berjaya turunkan berat badan tetapi lingkaran size pingang tak berubah kerana gagal pecahkan lemak di perut dan menjaga otot perut.Oleh itu,memang anda perlukan protien sekiranya ingin turunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang tough'..

Boleh hubungi saya segera sekiranya anda ingin mendapatkan hasil yang di idam idamkan sebulan dari sekarang.Paling penting anda bersedia untuk penampilan baru untuk tahun depan.Sesuai untuk ada yang berazam ingin tampil wajah baru untuk tahun depan.Mulakan target anda, bukan besok,bukan lusa tetapi hari ini.




Thursday, 27 November 2014

Punca susu kurang selepas berpantang


Breasfeeding" adalah satu moment sangat indah bagi setiap ibu selepas melahirkan anak.Alhamdullilah,walaupun tidak berjaya mendapatkan penyusuan eksklusif,tetapi saya mempunyai pengalaman menyusukan bayi semasa pantang.Dengan penyusuan dapat merapatkan ibu dan bayi.Pengalaman "nightmare" saya sendiri yang tidak berjaya menyusukan anak sepenuhnya selepas berpantang dan dari situ saya  mula belajar dan mengetahui punca susu ibu kurang selepas berpantang.

  • Anak saya yang pertama,aidil ashaari,hanya berjaya menyusu badan selama 2 minggu.Oleh kerana air susu saya kurang,saya memberikan susu formula kerana takut bayi lapar atau tidak cukup susu.Saya akui,kesilapan saya ialah kurang pengetahuan tentang penyusuan ibu.Masa tu,apa yang saya fikir ialah,anak dapat susu tak kisah lah susu ibu atau susu formula.
  • Anak kedua pula,adam hariz,saya hanya berjaya menyusukan dia selama 2 bulan selepas bersalin.Adam hariz mempunyai G6PD selepas lahir,10 hari selepas lahir,dia mula ekzema.Bahagian  muka dan kepala dia penuh dengan ekzema sehingga berdarah.Suami menyarankan saya stop  penyusuan badan bagi mengelakkan ekzema dia makin teruk.
  • Anak ketiga,aisy farhan pun sama,mempunyai G6PD selepas lahir,tetapi anak ketiga saya berjaya meberikan susu ibu selama 4 bulan.Oleh di sebabkan saya mengambil set berpantang selepas bersalin,doktor sarankan saya mencampurkan susu formula sekali setiap hari bagi mengelakkan bayi mendapat jaundis,kerana di sahkan G6PD.
  • Bayi aisy farhan pula tak nak menyusu badan selepas umur 4bulan mungkin di sebabkan "confiuse nipple"..Oleh kerana farhan kurang menyusu dengan saya,so air susu drop dengan teruk..kesilapan saya di sini ialah,saya kurang pengetahun mengenai mengepam susu.Mungkin saya boleh dapatkan stok susu walaupun anak saya memilih susu botol.
  • Salah satu faktor lain ialah saya mempunyai Hypothyroidisme.Pengambilan ubat selepas bersalin juga menganggu penghasilan susu.Selain itu terdapat ubat ubatan membuat susu ibu kurang.Ibu harus berbincang dengan doktor sekiranya mempunyai masalah susu kurang.Sekiranya saya mengetahui tentang supplement yang membantu penyusuan semasa berpantang,mungkin saya boleh memilih mengambil supplement bagi kesihatan optimum dan seterusnya membantu penghasilan susu badan.

Selain  daripada faktor pengetahuan tentang penyusuan susu ibu,punca susu kurang selepas berpantang boleh di sebabkan oleh:

  • Tekanan atau stress; 
ibu stress boleh mengakibatkan gangguan hormon dan seterusnya penghasilan susu.mungkin ibu stress dengan cabaran di tempat kerja ataupun kurang rehat selepas berkerja.Ibu mestilah sihat bagi mencetuskan emosi yang stabil dan mampu menguruskan bayi,apabila ibu letih atau kurang tidur,ini boleh mengakibatkan ibu kurang memberi perhatian terhadap bayi.

Ibu boleh mengamalkan pemakanan yang membantu mengurankan stress ataupun mengambil b                   compleks yang mempunyai anti stress,lebih mudahkan.

  •  perancang: 
Tidak semua pil perancang menganggu penghasilan susu,tetapi terdapat juga kes susu ibu kurang selepas mengambil pil perancang selepas berpantang.
ibu boleh berbincang dengan doktor,untuk mengetahui cara lain untuk menjarakkan kehamilan.Terdapat juga fakta mengatakan penyusuan susu ibu membantu menjarakkan kehamilan.

  • Kesihatan badan
Ramai ibu tidak mengambil berat tentang pemakanan selepas berpantang,ibu hanya menjaga pemakanan semasa pantang.Persekitaran yang tercemar dan gaya hidup yang tidak sihat juga akan mengangu kesihatan ibu dan menjadi faktor kurang susu.

Selain mengamalkan pemakanan yang sihat,ibu boleh mengambil vitamin atau supplement.Tahukah anda,alfalfa adalah sumber asli pengalak susu.Vitamin K yang terdapat di dalam alfalfa membantu melancarkan penghasilan air susu.



Zaman sekarang,mudah untuk mendapatkan sebarang info.Melalui facebook juga,kita boleh nampak pelbagai iklan produk atau supplements yang membantu penghasilan susu ibu.Mungkin anda boleh mencuba supplements shaklee yang menjadi pilihan ramai ibu -ibu sekarang.Zaman sekarang juga info tentang penyusuan bukan lagi satu pilihan bagi setiap ibu,rata-rata ibu ibu ramai sedar tentang pentingnya penyusuan ibu eksklusif.

Anda boleh mendapatkan pelbagai supplement untuk penyusuan eksklusif melainkan anda ingin seperti saya gagal menyusukan ketiga tiga anak saya.Pengalaman menyusukan bayi bagi saya adalah satu pengalaman yang indah.Saya berharap saya berpeluang menyusukan bayi pada masa akan datang dan saya akan memilih shaklee untuk menjayakan penyusuan eksklusif saya seperti ibu ibu yang telah berjaya sehingga 2 tahun.

Wednesday, 26 November 2014

Rawat kulit kusam dan kering elak muka nampak pucat

Salam ceria semua..

Kalau kita buka facebook hari ini, terdapat banyak iklan produk produk penjagaan kulit atau muka.Contoh iklan yang selalu lalu kat wall saya,Putihkan kulit selama 7 hari',hilangkan jerawat dalam sehari,dan macam macam iklan lagi lah.Saya nak percaya pun susah,biar betul kulit asal gelap bertukar jadi putih.Kali ni saya nak share bagaimana saya rawat kulit kusam dan kering saya dan apabila kulit kusam ,saya memang akan nampak pucat dan tak berseri.


Wanita amat pentingkan penjagaan kulit terutama sekali bahagian muka.Sanggup habiskan wang ringgit untuk kelihatan cantik.Ada yang membuat facial setiap bulan d spa,buat suntikan serum ,mengunakan produk produk penjagaan yang mahal.Bila tak sesuai,tukar yang lain pula.kadang kadang membazir bila tak habis di gunakan dan di buang begitu sahaja.Sanggup tukar yang baru walaupun mahal,rela berjimat duit  dan ikat perut..aduhai wanita,nak cantik punya pasal.Apa apa pun sanggup di lakukan.

Entri kali ni,saya akan share bagaimana saya rawat masalah kulit saya tanpa perlu facial bulanan,tanpa produk penjagaan yang mahal,serum vitamin C dan sebagainya.saya hanya bermekap bila perlu dan sekiranya saya mempunyai urusan rasmi,selebihnya saya lebih suka memakai bedak nipis.

Faktor kulit kusam dan kering?
Produk yang saya gunakan?
Bagaimana produk' tersebut membantu masalah kulit saya?
Berapa lama kesan' pengunaan?




Faktor kulit kusam dan kering


Bagi saya,salah satu sebab kulit kusam ialah kekurangan nutrisi yang seimbang dan kurang vitamin-vitamin dalam badan.selain tu,ada 5 faktor kulit kusam dan gelap yang mungkin korang tidak tahu....
  • keturunan dan genitik,tetapi masih ada cara untuk mengatasinya.
  • terdedah kepada cahaya matahari,warna kulit bergantung kepada satu pigmen yang di sebut melanin.Melanin yang terdapat di bawah kulit sebenarnya menentukan kulit wajah kita.
  • kulit wajah yang sensitif,harus berhati hati dengan produk penjagaan,jika tersalah kulit akan menjadi merah-merah.kulit amat sensitif dengan bahan kimia.
  • hidrasi kulit,kekurangan air dalam badan ,ini akan menyebabkan kulit mudah hidrasi dan kelembapan kulit,dan perubahan kimia pada kulit.
  • stress juga adalah salah satu sebab kulit menjadi kusam dan gelap,apabila stress, hormon dalam badan tidak stabil dan wajah akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.


Produk yang saya gunakan?

Produk yang saya gunakan,tentu sekali produk shaklee.Pertama sekali saya nak share vitamin pertama yang saya gunakan iaitu sustained release vita C.Vitamin C adalah pro kolagen dan membantu menghasilkan kolagen di dalam badan.Ramai yang memilih suntikan serum vita C untuk dapatkan kesan yang cepat,tetapi saya memilih mengambil vita C setiap hari dan saya yakin itu adalah langkah yang selamat dalam masa jangka panjang.Saya ni jenis takut nak suntik atau botox,jadi lebih baik saya mengambil langkah mudah tetapi berkesan.


Kedua saya mengambil  collagen powder shaklee untuk mengekalkan kesihatan kulit dalaman dan luaran.Saya memilih collagen powder shaklee sebagai keperluan kolagen tambahan saya untuk membantu kulit saya lebih anjal,tegang dan menjaga dari garisan kedutan.Terutama sekali bagi mengelakkan penuaan awal di wajah saya.Saya memilih kolagen shaklee kerana kolagen yang berbentuk minuman kerana  akan lebih mudah di serap oleh badan.Kolagen shaklee juga  tidak melebihi 1000 dalton.Ini amat penting,kerana ia amat mudah di serap oleh tubuh  badan dan membantu meningkatkan sintesisi kolagen pada dermis dengan berkesan.Korang kena berhati hati,rata -rata kolagen di pasaran melebihi 1000 dalton.



Bagaimana produk tersebut membantu masalah kulit saya?


 Vitamin C Shaklee
  • Bersifat "sustained release"- 100mg di lepaskan bagi setiap 1 jam selama 5 jam.Vitamin C dengan perlepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C secara berterusan.
  • 1 tablets Vitamin C Shaklee 500mg bersamaan 7 setengah biji oren.Vita C 500mg semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang di perlukan oleh tubuh badan.
  • Mempunyai "bioflavonoids" membantu penyerapan vitamin c sepenuhnya dan memelihara vitamin C dari teroksida.
  • Vitamin C juga menyokong tulang,gigi dan gusi yang sihat serta kesihatan seluruh badan.
  • vitamin C shaklee adalah sumber yang natural-tiada perasa tiruan pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Shaklee Collagen Powder 


Shaklee collagen powder adalah supplement yg mengandungi 4000 mg Kolagen RSS(Sisik Ikan Merah) proprietari. Kolagen ini dieskstark dari sisik Ikan Merah.Kolagen shaklee adaah sangat rendah dalam berat molekular iaitu dalam 1000 dalton.

Kolagen shaklee di gabungkan dengan 7 ramuan utama bagi mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam dan luar iaitu:
*Ekstark biji Camelia japonica
*Kolagen dari sisik ikan merah
*Ekstark kekerang
*Lactobacillus acidophilus
*Vitamin C dan vitamin B
*Ekstrak pfaffia
*Elastin dari kolagen ikan.


Berapa lama kesan pengunaan?

Untuk vitamin C,perubahan yang ketara ialah selepas 3 bulan penggunaan,dan kesan tersebut kekal sampai sekarang,sebab saya masih consume menggunakannya.hehehe...untuk kolagen shaklee,seawal 3 minggu selepas mengambil kolagen shaklee kulit wajah saya nampak lebih bersih dan berseri.Bila saya mengunakan make up,saya amat berpuas hati,tona kulit saya sekata dan make up kekal lama.Masalah kulit berminyak akan menganggu kulit,terutama sekali,make up cepat luntur dan cepat berjerawat.

TESTIMONI SAYA SENDIRI DENGAN VITAMIN C SHAKLEE DAN KOLAGEN SHAKLEE


Perubahan kulit saya selepas mngunakan vitamin C shaklee


Perubahan kulit saya selepas mengunakan  kolagen shaklee bulan lepas


Hasil kulit saya,selepas mengunakan make up.

Saya amat berpuas hati dengan vitamin C shaklee dan kolagen shaklee,kerana membantu saya tampil dengan yakin dan membantu masalah kulit saya.Bagi korang yang mempunyai masalah seperti saya,boleh lah mencuba vitamin C shaklee dan kolagen shaklee.

Teringat pula saya,dengan satu customer saya,yang tertarik dengan perubahan kulit saya berbanding tahun lepas,dan dia mempunyai masalah di pejabat sering jadi perbualan teman pejabat kerana kulit pucat dan kusam.Di tambah lagi bos di pejabat  selalu tegur muka dia pucat  dan tak berseri.Mesti stress kan? kalau korang tak nak macam customer tadi,ambillah vitamin C dan kolagen shaklee.Lagi satu, nak tahu rahsia vitamin saya yang ketiga,boleh hubungi saya segera.

PENGEDAR SHAKLEE CYBERJAYA PUTRAJAYA

Monday, 24 November 2014

Bila sedih ingat Allah bila gembira ingat Allah

Assalamualaikum..
La tahzan..Allah itu ada
Allah maha melihat maha mengetahui lagi maha mendengar..
Setiap manusia tidak lari dari kesilapan.Itu la fitrah kita manusia tidak ada yang akan sempurna.Tapi sebagai manusia kita harus kembali kepada fitrah kita beriman kepada Allah dan RasulNya.Dunia seharian kita pasti di uji dengan pelbagai ujian tidak kira berbentuk dugaan atau pun nikmat.Apabila kita sedih kita ingat Allah bila kita gembira kita akan ingat Allah.

LA TAHZAN.. ada yang di uji dengan ujian ataupun dugaan.Tiba tiba sahaja kita di landa musibah.itu sebenarnya Allah sedang menguji kita,melihat kita sejauh mana keimanan kita,kesabaran kita.Dan ini juga adalah salah satu cara Allah berhubung dengan kita.Apabila kita bersedih sudah tentu kita akan berdoa,dan ingat kepada Allah.Mungkin allah menguji kita kerana kita lalai dan melupakanNya.

Termasuk diri saya sendiri,ada masanya saya menyedari hari hari saya berlalu dengan sempurna dan penuh bahagia.Tetapi di saat itu,saya sentiasa ingat,hari tangis saya akan ada,hari sedih saya akan ada.Tapi saya tidak mengeluh,adakah adil bagi hamba allah yang lain sekiranya saya sentiasa mendapat kebahagian tanpa kesukaran atau musibah.

Dan apabila saya bersedih,saya sentiasa bersyukur,kerana Allah sedang melihat saya,sedang menguji saya dan saya yakin Allah tidak akan menguji di luar kemampuan saya.Sekiranya saya merasakan amat terbeban dan tertekan sehinggakan tak tahu nak fikir macamana.saya cepat cepat beristigfar untuk tidak berfikiran negetif.

Bukan setakat di uji dengan musibah tetapi allah maha besar di uji kita dengan kekayaan dunia,kemewahan dunia.Itu sebenarnya salah satu ujian Allah kepada kita.Adakah kita leka,alfa dengan syurga dunia.Ramai yang mula melupakan asal usul,kehidupan apabila mendapat kemewaan.Ya allah,jauhi la kami dari hamba hamba sedemikian.


Apabila kita merasa nikmat allah,tadahlah tangan doa kesyukuran.Berdoa semoga kita di jauhi sifat mazmumah,tamak,sombong,kedekut.semoga kita terdiri daripada hamba allah yang murah hati,dermawan,suka sedekah,suka membayar zakat dan menolong orang lain.

Nikmat yang kita tidak sedar ,bangun di waktu pagi dengan nikmat kesihatan,nikmat pemandangan,nikmat menghirup udara segar dan sebagainya.sebenarnya kita bangun di pagi hari adalah satu nikmat yang besar buat kita.Andai kata semalam adalah hari terakhir kita,adakah kita sudah bersedia? Sudah tentu amalan kita tidak akan perna sempurna.

Saya sendiri bersyukur dengan kehidupan saya sekarang.walaupun sering menghadapi pelbagai dugaan,tetapi saya sentiasa ingat ada insan lain yang lebih sedih daripada saya,lebih susah daripada saya.Saya sentiasa bersyukur,keluarga saya,kawan kawan saya sentiasa melihat saya bahagia hidup  dengan senang,mempunyai anak anak yang cantik dan pintar.Hidup dalam keadaan senang.Masya Allah betapa Allah menyembunyikan keaiban saya,kekurangan saya dan mengantikan betapa saya sempurna di mata orang lain.syukur alhamdullilah.

Kita umat manusia akhir zaman,semoga kita sentiasa manfaat kan masa kita dengan sentiasa mensyukuri nikmat allah dan sentiasa mengingati allah walaupun dalam keadaan sedih ataupun gembira.

La tahzan...allah itu ada.

Semoga hari hari kita di permudahkan dan kita terdiri daripada orang orang yang beriman...

Saturday, 22 November 2014

Tips penyusuan eksklusif selepas bersalin

Assalamualaikum dan salam ceria..

Alhamdullilah,hari ini ramai ibu ibu sedar tentang kebaikan penyusuan susu ibu dan betapa pentingnya penyusuan susu ibu.Ramai ibu yang berjaya menyusukan bayi secara eksklusif dan ramai juga ibu ibu yang gagal merealisasikannya terutama sekali ibu yang mempunyai pengalaman anak pertama.Bagi ibu ibu yang berazam ingin memberikan penyusuan eksklusif selepas bersalin ,persediaan haruslah bermula dari awal kehamilan dan mengetahui tips penyusuan eksklusif  dan tentang proses penyusuan selepas bersalin.Insya allah ibu akan berjaya.


Kebaikan susu ibu:
Susu ibu mempunyai khasiat yang amat penting untuk tumbesaran anak.Susu ibu sangat unik dan merupakan minuman semulajadi yang mampu melindung bayi dari sebarang penyakit dan jangkitan virus kumanKebaikan susu ibu amat penting bagi mencegah bayi daripada penyakit seperti virus yang merbahaya.Terutama sekali kolostrum susu yang akan keluar pada hari pertama hingga ketiga kelahiran membantu mencegah bayi mendapat serangan jangkitan.Selain itu,kebaikan susu ibu pada bayi selepas bersalin ialah:

  • Mengurangkan risiko alahan pada bayi
  • Mempunyai kandungan yang mencukupi mengikut suhu persekitaran
  • Mengalakkan tumbesaran bayi
  • Baik untuk penghadaman dan pencernaan perut bayi
  • Nutrien lengkap untuk bayi dari lahir hingga 6 bulan
  • Memberi perkembangan intelek dan IQ yg tinggi.
  • Mengurangkan risiko barah payudara
  • Menjimatkan masa dan penyediaan susu dan kos.
  • Susu ibu mempunyai protien yang tinggi dan mudah di serap.
  • Mengelak jangkitan bakteria pada usus bayi ysng boleh mengakibatkan cirit birit dan muntah.



Apakah penyusuan eksklusif?

Penyusuan bayi secara eksklusif bemaksud penyusuan bayi dari umur lahir hingga 6 bulan tanpa makanan atau susu formula.Penyusuan eksklusif ini amat penting bagi memastikan kesejahteraan ibu dan bayi secara fizikal dan mental.

Tetapi ramai ibu yang mempunyai masalah semasa proses penyusuan ibu.Di antaranya susu ibu tidak mencukupi.Selain daripada mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dengan diet yang seimbang,ibu   boleh memilih supplement sebagai langkah milk booster susu ibu dan memastikan susu ibu tidak kering.Kekurangan zat dan nutrisi akan membuat badan ibu lemah dan kurang penghasilan susu.


Tips penyusuan eksklusif selepas bersalin


  • Ibu mempunyai azam dan niat untuk memberikan penyusuan eksklusif dari sejak kehamilan dan mahu menyusukan bayi dari hari pertama selepas bersalin sehingga 6 bulan dan kemeduian secara sepenuhnya sehingga berumur 2 tahun.
  • Mengumpul info -info tentang penyusuan dancaara pentmpanan susu,teknik penyusuan,teknik pump dan pum yang sesuai.Ibu boleh dapatkan info info penyusuan melalui pembacaan buku atau dari majalah majalah.
  • mulakan penyusuan ibu pada hari pertama selepas bersalin,kerana kolustrum susu ibu amat penting bagi mengelakkan bayi daripada mendapat jangkitan virus.
  • elakkan pengunaan susu formula an air kosong.Susu formula akan mengakibatkan masalh seperti cirit bitit dan ekzema.Air kosong pula mendedahkan bayi kepada risiko jangkitan dan mengurangkan nutrisi,merendahkan suhu bayi dan mengancam nyawa bayi terutama sekali air kosong yang tidak bersih dan selamat.
  • penyusuan yang kerap memudahkan penghasilan susu ibu secara semulajadi,ini juga memudahkan pengaliran susu ibu dengan lancar
  • mulakan sesi pump susu seawal 2 minggu selepas bersalin bagi memudahkan anda menyediakan bekalan susu yang secukupnya apabila masuk kerja nanti.
  • dapatkan sokongan keluarga terutama sekali suami.Terangkan dengan suami kepentingan susu ibu,dan pujuk bayi agar terus menyusu secara terus dengan ibu.




Bagaimana set shaklee membantu penyusuan eksklusif para ibu?

Set penyusuan shaklee terdiri daripada Esp, Alfalfa complex,Vita C, Ostematrix ,B complex dan Vita-Lea.Rangkaian suplement yang berkhasiat memenuhi keperluan nutrisi penyusuan ibu.

ESP: Energy soy protien,sebagai sumber protien yang mampu memberikan ibu tenaga selepas bersalin.Esp membantu ibu  rasa kenyang yang lama dan memekatkan susu ibu.

Alfalfa complex: berfungsi sebagai milkbooster dan mempercepatkan pengeluaran susu badan.

Ostematrix: sebagai keperluan kalsium ibu,membantu kesihatan tulang ibu selepas bersalin.Ostematrix juga memberi kesegaran kepada ibu.Terutama sekali lenguh lenguh badan selepas bersalin.

B complex: membantu hormon ibu stabil.memberi ketenangan emosi selepas bersalin.membantu ibu tenang dan positif semasa penyusuan.

Vita- C: mempercepatkan luka dalaman ibu,membantu imunisasi badan selepas bersalin.memberi tenaga kepada ibu.

Vita lea: sumber mineral yang membantu ibu menghasilkan susu badan yang baik.


Supplement atau makanan tambahan hanya membantu ibu dan memudahkan ibu menjayakan proses penyuuan eksklusif selebihnya ibu harus berusaha.supplement memang sesuai bagi ibu yang sibuk bekerja tetapi inginkan penyusuan eksklusif.

Saya harap tips dari saya membantu ibu ibu berjaya dalam penyusuan eksklusif.Sekiranya ibu berminat dengan pakej set penyusuan shaklee,boleh hubungi saya.Anda boleh memilih pakej mengikut bajet anda.Bagi ibu yang sedang menyediakan persiapan untuk penyusuan selepas bersalin nanti,boleh lah menghubungi saya untuk keterangan lanjut.Aisyah(0195301007)

email: lee_bb87@yahoo.com.Pengedar shaklee cyberjaya dan putrajaya.Pos laju seluruh malaysia.


Detoks dengan semulajadi dan mudah

Salam sejahtera dan salam ceria semua..


Nak tulis entri pasal detoks pula.Saya ingat lagi semasa di tandas semalam,saya ternampak botol air besar,saya pun terfikir mungkin orang ni jenis suka bawa air atau pun tak suka minum air di luar.Tetapi saya silap sebenarnya,bila saya google tentang detoks.Minum air putih setiap hari adalah salah satu cara detoks yang semulajadi dan mudah.Saya rasa ini adalah lebih baik dan langkah selamat.Terutama sekali yang bekerja di luar.Lebih baik berbekal botol air sendiri,bila haus tak payah nak beli air di luar.Kan bagus minum air putih,berbanding air tin,air kotak,ais batu dan sebagainya.Lagi satu bukan setakat berfaedah,tapi menjimatkan.hehehe

Kenapa perlu detoks? penting ker nak detoks ni? apa ke benda detoks ni? tak perna dengar pun..
selain bersenam ataupun diet seimbang ,detoks dengan air ni pun salah satu trend sekarang,popular dengan infused water.Tapi bukan setakat air kosong,infused water ialah air putih yang di campurkan dnegan buah buahan dan di biarkan selama beberapa jam sebelum di minum,lebih baik letak dalam peti ais.kalau nak rasa sedap dan segar.Tujuan dia pula untk detoksifikasi.Kita perlu detoks untuk menyikirkan racun dalam badan dan radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran.

Kepentingan detoks atau nyahtoksin dari tubuh badan termasuk untuk cuci usus,darah dan anggota badan yang lain seperti buah pingang dan hati.Detoks sangat penting untuk proses peredaran darah dan  melancarkan sistem perkumuhan dan penyahtijaan badan.Sekiranya kita mengambil berat tentang detoks,tubuh badan kita mudah menerima penyakit,mempunyai masalah berat badan,sembelit,masalh jerawat dan kanser kolon.

Kelebihan detoks pada tubuh badan
  • mencegah penyakit
  • membersihkan organ tubuh
  • menghilangkan jerawat
  • melambatkan proses penuaan
  • meningkatkan kesuburan
  • merehatkan organ tubuh
  • memudahkan penyerapan nutrisi
Selain detoks dengan air,terdapat banyak produk produk di pasaran untuk detoks atau membuang toksin dari tubuh badan. Saya memilih alfalfa dan herblax sebagai sumber detoks dan membantu proses menurunkan berat badan saya.




Boleh rujuk gambar di atas,bagaimana herbalax dan alfalfa membantu proses detoks atau nyah toksin dari tubuh badan.Bagi saya detoks amat penting dalam proses penurunan berat badan dan mengelakkan saya mendapat sembelit.Boleh hubungi saya,sekiranya anda berminat mengunakan supplement untuk proses detoks anda.Jangan biarkan badan anda di penuhi toksin toksin dan menyukarkan kehidupan seharian anda.

Hubungi saya;0195301007/ aisyah
Pengedar shaklee cyberjaya dan putrajaya.

Friday, 21 November 2014

Tips turunkan berat badan sebelum hari persandingan


Assalamualaikum...



Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti sekolah.Pagi ni bila saya buka whatsapp ada kawan tanya macamana nak turunkan berat badan dengan cepat sebab tarikh perkhawinan da nak dekat.Mesti  bakal raja/ratu sehari ingin tampil segak dan cantik di hari persandingan kan..Maklumlah hari yang di nanti-nantikan bagi setiap pasangan.Apatah lagi bila berat badan tiba-tiba naik,takut baju pengantin tak muat pula.Nak tahu tips turunkan berat badan sebelum hari persandingan???



Pertama;
Katakan tidak pada" nasi".. hehehe..memang nampak susah tapi akan berbaloi.Bila kita makan nasi,rasa-rasanya kita akan ambik berapa jenis lauk?? Da rasa lauk tu sedap,kegemaran pula..mesti akan tambah nasi lagi...tambah sikit pun,di kira tambah juga tu. So dalam proses nak turunkan berat badan dengan cepat,jauhi nasi.Makan nasi memang susah nak kontrol selera makan.tetapi nak makan dalam kuantiti sikit,boleh...tapi kena janji tak boleh tambah nasi.hehehe...

Kedua;
Gantikan nasi dengan sumber protien dan serat.Sebab protien ni penting,tak ambik protien nanti badan lemah dan tak bertenaga.Boleh menyebabkan jatuh sakit.Serat pula penting untuk rasa kenyang dan membantu kurangkan kuantiti pengambilan makanan.Boleh kontrol selera makan.

Ketiga;
Pilih kumpulan makanan; elakkan yang mempunyai kolestrol yang tinggi,berminyak dan berlemak.Pendek kata ,makan makanan seimbang.Banyakkan buah buahan dan sayur sayuran.Boleh pilih jenis makanan seperti ayam atau daging.

INFO; turun 5kg dengan memakan epal selama seminggu.

Keempat;
Minum air sekurang kurangnya 2 liter sehari.Salah satu kebaikan air ialah untuk detoks toksin dalam badan melalui pencernaan atau perkumuhan.Nak tahu tentang kebaikan minum air, tengok pic di bawah 👇👇

Kelima;
Bersenam 4 kali seminggu,semua tahu kenapa pentingnya bersenam kan? Baik untuk peredaran darah,jantung,detoks,bina otot dan sememangnya untuk sihat.Dalam proses turunkan berat badan,kesihatan adalah amat penting,sebab ada yang sanggup tak makan,terus jatuh sakit.

Keenam;
Supplement,kenapa kita perlukan supplement?? Sebut diet,memang la bukan perkara yang mudah.lebih lebih lagi yang sibuk berkerja,sibuk nak siapkan persiapan perkahwinan.jadi,langkah selamat ambil lah supplement@makanan tambaan.untuk keperluan nutrisi dan membantu rasa bertenaga dan kawal pemakanan.

INFO;saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 6kg sebulan.

Nak jadi raja/ratu sehari bukannya mudah,memang kena banyak berkorban demi hari hari yang di  tunggu.Nak tahu rahsia atau tips  dari saya pula;boleh hubungi saya .0195301007

Aisyah.pengedar shaklee cyberjaya putrajaya.

Wednesday, 19 November 2014

Persiapan bersalin dan keperluan ibu dan bayi

Assalamualaikum..salam ceria..
Hari ni teruja nak share tentang persiapan  sebelum bersalin,tengok kawan kawan ramai yang dah bersalin dan bakal bersalin.Saya mempunyai tiga orang cahaya mata,so memang mempunyai pengalaman nak buat persiapan sebelum bersalin.Setiap kali di sahkan hamil,di saat itu lah saya mula sediakan persiapan nak bersalin.Lebih lebih lagi shopping baju baby.Boleh di katakan setiap kali pergi mana mana ,bila nampak mall atau kedai barangan baby,saya mesti ajak suami pergi barang,walaupun perut masa tu baru 8 minggu.hehee


Pertama kali hamil,memang saya kurang arif tentang persediaan.Maklumlah anak pertama,belum ada pengalaman.Tetapi yang saya masih ingat lagi,semasa anak pertama,bila di sahkan hamil,pulang dari klinik saya terus pergi kedai cari majalah pa&Ma dan beli susu Everday.excited kan! Saya lebih suka persiapan anak ke tiga,sebab boleh dikatakan saya buat persiapan penuh tanpa bantuan suami.Dari segi keperluan baby  ,katil,barangan baby,semua saya sediakan.Mesti ibu ibu di luar sana mempunyai persiapan yang sama dengan saya.Di antara persiapan saya sepanjang kehamilan ialah:

BUKU SURAH &DOA DOA AMALAN IBU HAMIL
 Persediaan pertama sejak awal kehamilan,saya mengamalkan surah surah tertentu,seperti surah maryam dan surah yosuf.Untuk doa doa pula,saya sediakan dalam handphone.Di sebabkan saya nak mudah baca surah di mana mana,saya beli samsung Tab 7.0 untuk download semua doa doa dan bacaan untuk ibu hamil.Terutama sekali bila pergi klinik,nak tunggu giliran memang lama,sebab ramai orang.So boleh baca dalam tab.

BUKU BACAAN
Buku bacaan saya mesti beli,majalah wanita mingguan dan majalah pa&ma,mami&baby.Banyak info info kehamilan dan tips -tips sepanjang kehamilan.Mengikut petua juga,rajin membaca semasa hamil,baik untuk baby.Insyaallah anak pun rajin membaca dan sukakan buku.Bahan bahan bacaan penting ibu hamil mengetahui info info sepanjang kehamilan dan lebih baik sekiranya ibu hamil mengikuti kelas kelas ibu hamil.

PERSIAPAN UNTUK BERSALIN 


Keperluan baby (beg baby):Baju/seluar baby,stokin/sarung tangan,tuala mandi,kain lampin,barut baby,bedung bedung,selimut/blanket,pampers new born, tisu basah.

Keperluan ibu:(beg ibu)
Baju nursing,seluar,kain batik,stokin tebal ,tuala mandi,nursing bra,nursing pad,dan maternity pad,buku pink,set kelengkapan mandian.

Keperluan lain:Breast pump ataupun kelengkapan penyusuan.minuman dan makanan dan set berpantang.


Set Berpantang Shaklee
Ketiga tiga kehamilan saya,saya belum mengenali shaklee,tetapi setiap kehamilan saya akan sediakan set berpantang sebelum bersalin.Oleh di sebabkan anak -anak saya mempunyai G6PD dan jaundis selepas lahir,saya tidak dapat mengambil set berpantang selepas bersalin,hanya  sebulan lepas bersalin saya mula makan vitamin atau jamu. Saya tidak mempunyai pengalaman berpantang dengan set bersalin,di sebabkan anak saya mempunyai masalah ekzema dan G6PD.Sekiranya di izinkan hamil lagi,saya akan memilih set berpantang shaklee.



Set berpantang shaklee boleh di ambil selepas bersalin,selamat untuk baby yang mempunyai G6pd dan jaundis,sesuai untuk ibu hamil bersalin normal dan pembedahan.Mudah dia ambil dan membantu ibu cepat bertenaga selepas bersalin.Bagi ibu ibu yang bakal bersalin atau baru bersalin,boleh lah pilih set berpantang shaklee.Bab berpantang pula memang sangat penting dan ibu ibu mesti berpantang dengan sepenuhnya.Banyak kes -kes ibu demam,bentan dan paling teruk meroyan di sebabkan tak berpantang dengan baik.


Bagi ibu ibu bakal bersalin,semoga di permudahkan bersalin,sentiasa berzikir,insyallah semuanya selamat.ibu ibu yang tengah berpantang pula,selamat berpantang.Sekiranya berminat nak tahu lebih lanjut tentang set pantang shaklee bersalin boleh hubungi saya.0195301007.
MISAH ZARA.pengedar shaklee cyberjaya putrajaya.

Tuesday, 18 November 2014

Omega guard terbaik di pasaran



Assalamualaikum..salam ceria.

hari ni nak share tentang omega 3,ramai kawan kawan yang share di facebook,anak anak makin pintar lepas makan omega 3.Tapi banyak produk omega 3 berada di pasaran.So kena pilih omega3 yang semulajadi dan selamat untuk anak anak.Saya memilih omega guard iaitu sumber minyak ikan ayau omega 3 yang kaya dengan DHA  dan EPA.

Minyak Ikan

Mungkin ramai yang tahu tentang omega 3 iaitu sumber dari minyak ikan.Minyak ikan kaya dengan sumber asid lemak omega 3,asid alfa linolenik.
Terdapat beberapa jenis asid lemak yang perlu  iaitu asid lemak omega 3 ,asid alfa lunolenik dan asid lemak omega 6 dan asid linolenik.Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu di ambil daripada makanan.Badan manusia,tidak mampu menghasilkannya sendiri.

Asid lemak perlu akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang di kenali sebagai eicosanoids.Salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandin.Manakala prostaglandin merupakan bahan yang amat penting dalam sistem biologi manusia termasuklah sistem imuniti,sistem pencernaan,proses eksperi gen,proses baik pulih sel dan proses tekanan bendalir.

Asid lemak omega3 mempunyai kesan biologi untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik seperti kencing manis,tekanan darah tinggi,kanser,penyakit alzheimer,sakit buah pingang,sakit jantung dan macam macam lagi.Kesimpulannya,setiap individu memerlukan asid lemak perlu untuk membolehkan setiap sel dalam badan berfungsi secara normal.



Siapakah perlu mengambil minyak ikan?

Tiada pengkhususan usia bagi menetapkan pengambilan minyak ikan.Terdapat banyak kajian yang menunjukkan pengambilan omega 3 semasa kehamilan memberikan kesan positif kepada bayi.Bermula dari  17 minggu kehamilan. Kajian membuktikan perbezaan di antara ibu A yang mengambil minyak jagung dan ibu B yang mengambil minyak ikan semasa kehamilan iaitu anak ibu B mempunyai tahap IQ yang positif iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi sehingga kanak kanak itu berumur 7 tahun.Anak ibu B juga mempunyai kualiti tidur dan imuniti yang lebih baik.Ini menunjukkan seawal usia bayi di galakkan mengambil minyak ikan semasa kehamilan.Minyak ikan sesuai untuk kanak kanak,dewasa dan warga tua.



Kenapa shaklee omega guard adalah yang terbaik?

Omega guard shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk(sardin,mackerel,herring,anchovies) di perairan negara jepun.Berbanding dengan produk omega di pasaran,Omega Guard shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.Shaklee Omega Guard sangat istimewa kerana melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul.Tujuan penyulingan tersebut adalah untuk memastikan ketulenan dan keberkesannya.

Salah satu kebaikan omega guard ialah meningkatkan IQ dan minda kanak kanak.

Kelebihan omega guard shaklee untuk kanak kanak.


  • Asid lemak omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat di hasilkan oleh badan.Kanak kanak yang mengambil omega 3 mempunyai tahap kesihatan yang berbeza dengan kanak kanak lain yang tidak mengambil omega3.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan perkembangan memori.Kajian membuktikan IQ kanak kanak yang mengambil omega mempuyai pemikiran yang cerdas.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru paru.Sesuai untuk kanak kanak yang aktif di sekolah.
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan.







PERKEMBANGAN ANAK ANDA DI TANGAN ANDA! :)

Hubungi saya 0195301007, misah zara.
                                                Pengedar shaklee cyberjaya dan putrajaya.


 

Template by BloggerCandy.com